Gambar kumpulan One Direction | One Direction Pictures

Gambar dan foto kumpulan One Direction
One Direction Pictures
One Direction Photos
One Direction Pics
One Direction
One Direction Pictures
One Direction Pictures
One Direction Pictures
One Direction Pics
Kumpulan One Direction
One Direction Pictures
One Direction Pictures
One Direction dianggotai  oleh lima orang anak muda iaitu Niall Horan, Liam Payne, Zayn Malik, Harry Styles dan Louis Tomlinson. One Direction berjaya mencipta populariti mereka dengan sekelip mata menerusi album perdana Up All Nigh dan kini menjadi kegilaan peminat di seluruh dunia.

One Direction berasal dari United Kingdom, One Direction atau singkatannya 1D mula ditubuhkan pada tahun 2010 selepas kelima-lima anggotanya menyertai program realiti popular Britain, The X Factor.

Bukan secara berkumpulan, sebaliknya masing-masing bertanding atas tiket solo namun kesemuanya tidak berjaya ke peringkat seterusnya.

Atas nasihat salah seorang jurinya, Nicole Scherzinger, kelima-lima mereka kemudiannya disatukan menjadi sebuah kumpulan dan bertanding pula dalam kategori berkumpulan.

Bak kata pepatah lama, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu. Begitulah diibaratkan buat One Direction apabila mereka layak sehingga ke peringkat akhir.

Biarpun menduduki tempat ketiga dalam pertandingan musim ketujuh itu namun One Direction tidak lagi menoleh ke belakang.

Langkah mereka semakin kemas apabila menandatangani kontrak bernilai dua juta pound sterling (RM9.72 juta) bersama Syco Music yang merupakan milik tokoh muzik ternama, Simon Cowell.

Single pertama mereka, What Makes You Beautiful terus menduduki tangga pertama dalam carta lagu-lagu popular di Britain pada September tahun lalu selain mencatatkan pra penjualan tertinggi dalam sejarah dengan 153,965 salinan dalam minggu pertama.

Dua bulan selepas itu, album pertama mereka dilancarkan dan seperti yang dijangka, ia mencatatkan penjualan luar biasa sekali gus mencipta rekod sebagai penjualan album terlaris untuk untuk artis baru pada tahun itu.

Menyedari populariti mereka yang terus memuncak, anak syarikat Sony Music, Columbia Records telah bekerjasama dengan Syco Music untuk memasarkan album mereka di Amerika Syarikat (AS).

Sebagai bakat baru, One Direction mempunyai alasan untuk berasa bangga dan gembira dengan pencapaian mereka apabila album Up All Night berjaya menduduki tangga pertama dalam carta Billboard 200 sebaik sahaja album mereka dipasarkan di sana pada bulan Mac lalu.

Dengan kejayaan itu, ia menjadikan One Direction satu-satunya kumpulan dari Britain yang mencatatkan sejarah dengan penjualan album sebanyak 176,000 pada minggu pertama.

Kumpulan ini terus mencetuskan mania di kalangan muda-mudi terutama di alam maya menerusi Twitter, Tumblr dan Facebook.

Sehingga ke hari ini, video One Direction telah mencatatkan 204 juta tontonan di YouTube selain mempunyai 12 dan 3.6 juta pengikut di Twitter dan Facebook. Salah sebuah video mereka, What Makes You Beautiful juga telah ditonton sebanyak 72 juta kali di YouTube.

Mampukah One Direction mampu kekal dan terus mencipta legasi seni mereka? Hanya waktu yang menentukan.

No comments:

Post a Comment